Pengasih.

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Jadilah Pengasih Untuk Dirahmati Allah

سَعْدُ بْنُ عُبَادَةَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّمَا يَرْحَمُ اللَّهُ مِنْ عِبَادِهِ الرُّحَمَاءَ

Daripada Saad bin Ubadah RA, Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah hanya merahmati hamba-hambaNya yang pengasih” (HR Bukhari No: 1284). Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.Sifat penyayang dan pengasih adalah dituntut pada setiap Muslim

2.Allah hanya merahmati Muslim yang memiliki sifat kasih sayang kepada sesama manusia dan makhluk lain untuk diberi ganjaran syurga.

3.Milikilah sifat kasih sayang terhadap orang lain. Antaranya ialah sifat membantu mereka yang sedang menghadapi musibah, sama ada dengan wang ringgit, tenaga mahupun pandangan dan nasihat.

4.Kasihilah orang lain dengan mendoakan kebaikan, memaafkan mereka, menolong orang yang dalam kesusahan, membantu orang yang sedang kesempitan, memberi makan orang yang kelaparan serta mengunjungi orang sakit dan yang ditimpa musibah.

5.Jika kita benci atau tidak suka kepada kejahatan seseorang, lakukan dengan cara yang dibenarkan syarak bukan dengan cara memaki hamun dilaman sosial.

15hb Ogos 2022
17hb Muharram 1444H

Isnin.

ISNIN
15 Ogos 2022
Bersamaan
17 Muhharam 1444 Hijrah

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُُ

Salam ISTIQOMMAH melaksana SOLAT SUNAT DHUHA dan AMALAN SUNNAH QAILULLAH
Salam ISTIQOMMAH melaksana AMALAN SUNNAH dalam KEHIDUPAN
Salam Istiqommah Memperbanyak BERISTIGHFAR, BERSALAWAT,TADDARUS,TADDABUR dan MENGHAFAZ SURAH/ AYAT AL QURAAN
Salam ISTIQOMAH Melaksanakan SOLAT FARHU BERJEMAAH di RUMAH MASING-MASING MEMATUHI ARAHAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN TERKINI …Fasa ENDEMIK Hari Ke SERATUS TIGA PULUH LIMA
Salam ISTIQAMAH Menyempurnakan PUASA SUNAT ISNIN Ke DUA Muhharam 1444 Hijrah
Salam ISTIQOMMAH MEMBURU mardhothiellahNya sehingga ke Akhir Hayat

TAZKIRAH DHUHA HARI ISNIN KE DUA MUHHARAM 1444 Hijrah

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول الله
اللّهُمَّ صّلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
كَمَا صَلَيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ
اللهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إبْرَاهِيْمَ
إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْدٌ
اَللّٰهُمَّ اَرِنَا الْحَقَّ حَقًّا وَّ ارْزُقْنَا اتِّبَاعَهٗ وَ اَرِنَا الْبَاطِلَ بَاطِلًا وَّ ارْزُقْنَا اجْتِنَابَهٗ
بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ

HIKKAM

Seorang kekasih yang dicintai mungkin sahaja kerana kecantikannya, dan mungkin juga kerana kebaikannya. Lalu siapakah yang lebih banyak kebaikkannya daripada Allah s.w.t? Dialah yang sepatutnya dicintai sepenuh hati. Kerana cinta yang paling bahagia adalah yang paling kekal. Lalu apakah yang dapat kekal melainkan Allah s.w.t?

Api neraka tidak akan terpadam sekali pun dikumpulkan seluruh lautan dunia, tetapi boleh terpadam dengan hanya setitis air mata yang gugur kerana takutkan Allah s.w.t.

Bersyukurlah yang masih lagi terjaga dari mati seketika tidur dan masih bernafas dengan nikmatNya.

Hidup sekarang untuk siapa?

TENANG..

“Orang yang sabar itu tenang hatinya, orang yang reda itu bahagia jiwanya ..”

إني رأيتُ وقوفَ الماء يفسدهُ
إِنْ سَاحَ طَابَ وَإنْ لَمْ يَجْرِ لَمْ يَطِبِ

Aku lihat bahwa sesungguhnya air yg tergenang itu membinasakan (kotor, keruh,rusak)..
jika mngalir baik, jika tidak mengalir tidak baik..

Demikian juga ilmu,jika kau diamkan maka tak memberi manfaat..
Ibarat setajam-tajamnya pisau maka akan tumpul jika tak di asah..

Maka sampaikanlah ilmu yang kau miliki meski hanya satu ayat..

BALIGGHU ‘ANNI WALAU AYAH..

TADDABUR AYAT AL QURAAN

Syaitan Dibawah Rambut Orang Junub

SOALAN:

1) Adakah seorang yang sedang berhadas dengan hadas janabah itu wajib melakukan mandi dengan segera?

2) Adakah harus ia tangguhkan akan mandinya itu kerana mahu melakukan kerjanya dahulu?
• Ini adalah kerana ada orang yang mengatakan ada hadis menyebut bahawa selagi tidak mandi junub maka syaitan duduk di bawah rambutnya dan setiap langkah ia berjalan maka malaikat melaknatnya?

JAWAPAN:

Hukum melakukan mandi janabah dengan segera adalah sunat dan tidak mengapa jika dia tangguhkan mandi selama belum mahu melakukan ibadat yang mewajibkan mandi terlebih dahulu seperti sembahyang.

Dakwaan ada hadis yang menyatakan syaitan duduk di bawah rambut orang yang junub dan malaikat melaknat setiap langkahnya ketika berjalan adalah dakwaan yang tidak benar.

Berkata Mufti Mesir Dr Ibrahim Syauqi ‘Allam:

لا يصح شرعًا شيءٌ مما انتشر بين العوام من أن الملائكة تلعن الجنب في كلِّ خطوةٍ، أو أنها تلعنه حتى يغتسل، أو أن كل شعرة فيه تحتها شيطان، ولا تجوز نسبته إلى النبي صلى الله عليه وآله وسلم، ومع ذلك ينبغي المسارعة إلى الطهارة من الجنابة ما استطاع المسلم إلى ذلك سبيلًا، وإلا فيستحب له أن يتوضأ إذا أراد معاودة الجماع أو الطعام أو النوم أو الخروج لقضاء حوائجه والتصرف في بعض شئونه، ولا يكون الجنب آثمًا بتأخيره غسلَ الجنابة ما لم يؤدِّ ذلك إلى تأخير الصلاة عن وقتها، فيأثم لتأخيره الصلاة عن وقتها.

Maksudnya: “Tidak sah disisi syarak suatu pun apa yang tersebar dalam kalangan orang awam yang menyatakan bahawa malaikat melaknat orang yang junub pada setiap langkahnya atau dilaknat akan dia selama belum ia mandi atau berkata bahawa dibawah rambut orang junub itu ada syaitan. Tidak harus sama sekali menyandarkan perkataan sebegini kepada Nabi SAW.

Orang yang junub itu sunat segera bersuci dari janabahnya apa yang ia mampu.

Jika tidak mampu lagi melakukan mandi maka hendaklah ia berwuduk apabila dia hendak mengulangi bersetubuh atau hendak makan atau tidur atau keluar kerana suatu hajat dan melakukan pekerjaan.

Tidak adalah orang yang junub itu berdosa jika dia melambatkan mandi janabah selama tidak membawa yang demikian itu kepada melambatkan solat diluar waktunya dari kerana berdosa mengeluarkan solat dari waktunya.”

Wallahua’lam

Tanda-tanda Orang Munafik

Daripada Abdullah bin ‘Amr r.a bahawa Nabi SAW bersabda:

”Empat hal apabila ada pada seseorang maka dia adalah seorang munafik, dan barangsiapa yang terdapat pada dirinya satu sifat daripada empat hal tersebut maka pada dirinya terdapat sifat nifaq (kemunafikan) hingga dia meninggalkannya.

Iaitu jika dipercaya ia khianat, jika berbicara ia berbohong, jika berjanji ia mengingkari dan jika berdebat ia bertindak tidak terpuji”

[Hadis Riwayat Bukhari, Sahihul Bukhari, Juz 1, No. Hadis: 34, 1400H: 27-28]

Jom Muhasabah Diri

Allah SWT berfirman:

یَوۡمَ لَا تَمۡلِكُ نَفۡسࣱ لِّنَفۡسࣲ شَیۡـࣰٔاۖ وَٱلۡأَمۡرُ یَوۡمَىِٕذࣲ لِّلَّهِ

Maksudnya: ”Hari pembalasan itu ialah) hari seseorang tidak dapat memberikan pertolongan sedikitpun kepada orang lain, dan segala urusan pada hari itu tertentu bagi Allah”
[Surah al-Infitar ayat 19]

Marilah kita bermuhasabah sejauh mana amalan yang telah kita lakukan sepanjang Ramadhan yang berlalu pada tahun ini, adakah mampu menolong kita di Mahsyar kelak ataupun hanya bakal menjadi penyesalan di akhirat kelak kerana dilakukan sambil lewa.

Pahala Amal Yang Berterusan

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ إِلَّا مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ

Dari Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Apabila salah seorang manusia meninggal dunia, maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara; sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat baginya dan anak soleh yang selalu mendoakannya.”
(HR Muslim No: 3084) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

  1. Setiap Muslim bergantung dengan amal yang mereka lakukan semasa hidup.
  2. Ada amalan yang dilakukan oleh seorang Muslim semasa hidup akan berterusan mengalir pahalanya walaupun dia telah meninggal dunia iaitu:

a. Sedekah yang pernah di buat semasa hidup sama ada berbentuk harta wakaf, derma, pemberian, hadiah dan sebagainya. Selagi ia dimanafaatkan oleh makhluk samada manusia, binatang mahupun tumbuhan, ganjaran pahalanya akan tetap berterusan untuk orang yang mati.

b. Ilmu bermanfaat yang disampaikan sama ada ilmu agama mahupun ilmu dunia yang digunakan untuk kemaslahatan hidup. Termasuk buku, artikel, juga dalam bentuk elektronik seperti laman sesawang, FB, telegram, whatsapp dan lain-lain. Selagi ilmu tersebut diamalkan atau faedahnya dimanfaatkan, maka ganjaran pahala akan diperolehi oleh mereka yang menyampaikan atau yang memulakan.

c. Anak solleh yang sentiasa mendoakan rahmat dan keampunan kepada kedua ibu bapa.

Semoga segala amal yang kita lakukan semasa hidup akan mendatangkan ganjaran pahala berterusan walaupun setelah meninggal dunia.

Berpuasa dan Solat Tapi Munafik

عَنْ أَبِيهِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ عَلَامَاتِ الْمُنَافِقِ ثَلَاثَةٌ إِذَا حَدَّثَ كَذَبَ وَإِذَا وَعَدَ أَخْلَفَ وَإِذَا اؤْتُمِنَ خَانَ
حَدَّثَنَا عُقْبَةُ بْنُ مُكْرَمٍ الْعَمِّيُّ حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ مُحَمَّدِ بْنِ قَيْسٍ أَبُو زُكَيْرٍ قَالَ سَمِعْتُ الْعَلَاءَ بْنَ عَبْدِ الرَّحْمَنِ يُحَدِّثُ بِهَذَا الْإِسْنَادِ وَقَالَ آيَةُ الْمُنَافِقِ ثَلَاثٌ وَإِنْ صَامَ وَصَلَّى وَزَعَمَ أَنَّهُ مُسْلِمٌ

Daripada Abu Hurairah RA dia berkata, “Rasulullah SAW bersabda: “Di antara tanda orang munafik ada tiga: apabila dia bercakap, dia berbohong, apabila dia berjanji dia mengingkari, dan apabila dia diberi amanah, dia berkhianat.”
Telah menceritakan kepada kami Uqbah bin Mukram al-Ammi telah menceritakan kepada kami Yahya bin Muhammad bin Qais Abu Zuhair dia berkata, saya mendengar al-Ala’ bin Abdurrahman menceritakan dengan sanad ini seraya berkata, “Tanda-tanda orang munafik ada tiga, walaupun dia berpuasa dan solat serta menuntut atau mengaku bahawa dia seorang Muslim.”
(HR Muslim No: 90) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

  1. Tiga tanda orang munafik yang perlu dijauhi iaitu apabila dia bercakap, dia berbohong, apabila dia berjanji dia mengingkari, dan apabila dia diberi amanah, dia berkhianat.
  2. Sifat munafik akan kekal walaupun dia mengerjakan solat, berpuasa dan mengaku sebagai Muslim.
  3. Ibadat puasa adalah perisai dan benteng dari sifat munafik.

اَلصَّوْمُ جُنَّةٌ

“Puasa adalah perisai atau benteng (yang melindungi pelakunya daripada keburukan).”
(Riwayat Tirmidzi No: 2749).

  1. “Bercakap” termasuk dalam bentuk penulisan dan ditular sama ada di FB, WhatsApp, Telegram dan lain-lain. Jika faktanya salah, tidak benar maka ia dianggap berbohong dan orang tersebut ada tanda munafik pada dirinya.
  2. “Amanah” adalah tanggungjawab kita. Pemimpin perlu berlaku adil dalam kepimpinan. Setiap pekerja ada tanggungjawab yang perlu dilaksanakan, jangan culas atau curi tulang. Lebih-lebih lagi dalam suasana kerja dari rumah di musim PKPP ini. Tidak amanah jika gaji diambil tapi pekerjaan tidak sempurna. Bertambah tidak amanah bila gaji diambil, rasuah diterima.
  3. Ruginya jika mengaku seorang Muslim, berpuasa dan solat namun menjadi orang munafik kerana memiliki sifat munafik.

Jadikan puasa dan solat kita sebagai perisai dari sifat munafik. Berusaha agar tidak berbohong, memungkiri janji dan khianat.

InSyaaAllah..Jadilah orang yang bertaubat dengan Istiqommah melaksana SOLAT SUNAT DHUHA

Peliharalah Amalan TIDUR SUNNAH QAILULLAH setiap hari, moga kita tergolong dalam kalangan orang yang bertaubat dan kembali menjadi hamba yang diampuni Allah.

Pesanan/tazkirah untuk diri sendiri,ahli keluarga,saudara mara dan sekalian sahabatku

Semoga bermanafaat

آمِّيْنَ آمِّيْنَ آمِّيْنَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ

صدق الله العظيم

يا الله…كامي مناداه تاڠن دان مرفع سمبه كڤد مو،
كورنياكن كڤد كامي كصحاتن يڠ بائيك،
علمو يڠبرمنفعة، عمالن يڠ برشريعة سرتا دهيمڤونكن كامي دڤادڠ محشر دالم برشفعة.
اڠكاو بريكن كامڤونن كڤد كامي،جٱوهكن كامي دڠن صفة٢ مذمومة دان دكتكن كامي دڠن صفة٢ محمودة.
جالينكن هوبوڠن كاسيه سايڠ دانتارا كامي،
ككلكن تالي ڤرساودارٱن دان ڤرصحابتن يڠ ممباوا كبهاݢيٱن داخيرة.
سيروا علی بركة لله.
امين يا رب العالمين.

Tabbarakaullah..Alhamdulillah…InSyaaAllah…Moga Allah memperbaiki jua sentiasa menganugerahi istiqomah dengan akhlak Rasulullah.s.a.w dan amalan sunnah serta niat bertaqqarub dan lebih ta’abbud kita kepadaNya…. InSyaaAllah…. Jazakaullah /Jazzakillah hu khairon katsiro pada yang membaca dan menyebar atas dasar dakwah bill hall…

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد كما صليت على سيدنا إبراهيم وعلى آل سيدنا إبراهيم و بارك على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد كما باركت على سيدنا إبراهيم وعلى آل سيدنا إبراهيم إنك حميد مجيد
Semoga Allah sentiasa memberkati setiap apa yang kita kerjakan, semoga segala permintaan dan doa jua urusan kita semua akan di permudahkan…jua dianugerahiNya ISTIQOMAH MEMBURU MARDHOTHIELLAHNYA sehingga ke akhir hayat

“Rabbi yasser wallatu assir Ya karrim”
_”Lailla hailla anta subhanaka inni kuntu minnadzzalimin”

اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ